

.....sEseKalI BerTerBanGn Di MUka BUmi...sEraNgGA iNi HanYa KELDil dI siSiNYA...BErtErbaNGan MeNcari sEbuAt MemOri...





Hari nih Bugs bawak korang tinjau pasar malam kat Chembong Rembau N9, tak ada la besar sangat tempat nih tapi kalau setakat nak beli makan kegemaran boleh la jumpa, nak cuci mata pun tak kisah walau agak ramai jugak warga asing sebab berhampiran kawasan kilang.
Sebelum terus cuci mata di kawasan nih, Bugs akan singgah di gerai bakso dulu, walau baksonya tak setanding bakso di Indonesia tapi tetap menjadi pujaan warga Indon yang berada disini
hahaha..korang jangan main2


Sharifah Abu Salem dengan sekuel tiga novelnya..... TAK SEINDAH MIMPI, TAK SEMANIS IMPIAN, TIADA LAGI MIMPI telah diapdatasi menjadi drama oleh Suhan Movies & Trading Sdn Bhd, memang gempak!
Antara pelakon-pelakon ialah Rosyam Nor sebagai Razif, Amyza Adnan sebagai Salmi dan Fauziah Ghouse sebagai Norjinah.
Citer ini mengisahkan pergolakan rumah tangga antara Razif. Isterinya Salmi menduakan kasih dengan Amir. Ditakdirkan, Salmi kemalangan dalam satu pergaduhan dan lumpuh. Razif yang masih menyayangi isterinya, rela merujuk semula demi anak-anak mereka Amira dan Balkis.
Norjinah, yang tidak mampu meneruskan pelajaran ke universiti disebabkan kemiskinan keluarga menjadi orang gaji di rumah Razif. Dia menjaga Salmi dengan baik dan mengasihi Amira dan Balkis. Dalam diam, Badrul, adik Salmi jatuh hati pada gadis itu. Namun, Norjinah tidak bersedia menerima hasrat suci pemuda itu.
Lama kelamaan, anak-anak Razif lebih mesra dengan Norjinah berbanding ibu mereka. Salmi mula cemburu dan sering bergaduh dengan Razif disebabkan Norjinah. Akhirnya, gadis malang itu melarikan diri.
Sejak itu, Amira dan Balkis sering sakit. Akhirnya Salmi sedar akan kesilapannnya dan menyuruh Razif membawa Norjinah pulang ke rumah mereka. Bagi menebus dosa-dosanya selama ini, Salmi bersedia menerima orang gajinya sebagai madu.
Razif yang pada mulanya menolak cadangan Salmi akhirnya menerima Norjinah sebagai isterinya. Bagaimanapun pelbagai konflik dan dugaan yang terpaksa dihadapi Norjinah setelah menjadi isteri kedua.
Saksikanlah drama ini yang pasti mengundang air mata para penonton dengan nasih malang yang menimpa Norjinah. sumber Karangkraf.com.my

Bagi mereka yang terlepas...jangan frust macam Norjinah ni k...sempat lagi!!

