Tuesday, March 22, 2011

TRiLogi CinTa


Dalam kesibukan harian bekerja memang x puas kalau x dapat luangkan masa untuk bersantai di malam harikan??
Apapun citer nih memang aku tunggu tiap ahad hingga selasa...memang syok habis layan...Alamak jiwang plak..hahahah


"KINI DITAYANGKAN"

Tengok poster pun dah ala2 filemkan, tapi sebenarnya trilogi cinta nih sebuah drama bersiri sahaja, walau dah masuk pertengahan cerita namun bagi mereka yang masih belum berpeluang x ada masalah nak ikutinya.

Sharifah Abu Salem dengan sekuel tiga novelnya..... TAK SEINDAH MIMPI, TAK SEMANIS IMPIAN, TIADA LAGI MIMPI telah diapdatasi menjadi drama oleh Suhan Movies & Trading Sdn Bhd, memang gempak!

Antara pelakon-pelakon ialah Rosyam Nor sebagai Razif, Amyza Adnan sebagai Salmi dan Fauziah Ghouse sebagai Norjinah.

Citer ini mengisahkan pergolakan rumah tangga antara Razif. Isterinya Salmi menduakan kasih dengan Amir. Ditakdirkan, Salmi kemalangan dalam satu pergaduhan dan lumpuh. Razif yang masih menyayangi isterinya, rela merujuk semula demi anak-anak mereka Amira dan Balkis.

Norjinah, yang tidak mampu meneruskan pelajaran ke universiti disebabkan kemiskinan keluarga menjadi orang gaji di rumah Razif. Dia menjaga Salmi dengan baik dan mengasihi Amira dan Balkis. Dalam diam, Badrul, adik Salmi jatuh hati pada gadis itu. Namun, Norjinah tidak bersedia menerima hasrat suci pemuda itu.

Lama kelamaan, anak-anak Razif lebih mesra dengan Norjinah berbanding ibu mereka. Salmi mula cemburu dan sering bergaduh dengan Razif disebabkan Norjinah. Akhirnya, gadis malang itu melarikan diri.

Sejak itu, Amira dan Balkis sering sakit. Akhirnya Salmi sedar akan kesilapannnya dan menyuruh Razif membawa Norjinah pulang ke rumah mereka. Bagi menebus dosa-dosanya selama ini, Salmi bersedia menerima orang gajinya sebagai madu.

Razif yang pada mulanya menolak cadangan Salmi akhirnya menerima Norjinah sebagai isterinya. Bagaimanapun pelbagai konflik dan dugaan yang terpaksa dihadapi Norjinah setelah menjadi isteri kedua.

Saksikanlah drama ini yang pasti mengundang air mata para penonton dengan nasih malang yang menimpa Norjinah. sumber Karangkraf.com.my

trilogi cinta (c)

Bagi mereka yang terlepas...jangan frust macam Norjinah ni k...sempat lagi!!






4 comments: