Monday, August 8, 2011

ini bikin panas!!!!




adduuhhhh
panasssnyaaa!!!!
mula-mula kene x la terasa lagi bila dah sejuk sikit baru la rasa...
ituler penangan minyak panas sewaktu Bugs goreng ayam buat berbuka tadi...
maakkk aaiii bukan main pedih lagi...



Baru balik dari tempat keje *padahal sebelah rumah saja Bugs terus ke dapur, melihat ke arah ayam yang dah lama dikeluarkan dari peti sejuk membuatkan Bugs terfikir untuk masak apa untuk berbuka. Sejam jew lagi, cukup la kalau Bugs goreng ayam dan masak sayur, ringkas dan senang.
Setelah diperap n sayur pun sudah siap dimasak, Bugs mula menggoreng ayam, sangkanya ayam tidak menjadi masalah tetapi tetiba meletup, apa lagi terpercik la minyak panas ke tangan. mengelabah tak tahu nak wat apa Bugs lap saja dengan tisu, biar panas reda sedikit, siram dengan air dan terus sapukan dengan ubat gigi. harapnya pedih beransur hilang. malas pulak nak pergi ke klinik walau tahu apa ubatnya.


tangan merah dan pedih
*ini baru First degree burn

Melecur atau Terbakar ada empat peringkat

Pertama
terbakar bahagian Epidermis *rasa sakit, kering
seminggu atau kurang untuk baik

Kedua
Dermis *berasa sakit dan mungkin ada blister
mengambi masa 2 hingga 3 minggu

Ketiga
keseluruhan dermis dan hypodermis
kurang berasa sakit kerana banyak deria telah tiada

Keempat
otot tisu dan tulang
sakit bahagian yang mempunyai deria rasa

ringkas saja nanti pening..hehhe


Kalau anda terkene minyak panas, ini ada sedikit petua.

Petua terkena minyak panas
Sekiranya anak anda terkena air panas atau minyak panas jangan panik , ambil sedikit kicap dan garam halus. Kemudian sapukan kedua-dua bahan tadi di tempat yg terkena minyak atau air panas. Insallah kesannya akan dapat dikurangkan dan kurang sakit.

Petua lain
Jika kita sering memasak, maka terkadang kulit tangan/bagian tubuh terkena minyak panas. Hal ini mengakibatkan kulit melepuh, berair dan jika pecah akan menjadi luka.
Untuk mengatasi masalah ini, anda cukup melakukan Tips sederhana dibawah ini:
1. Ambil daun lidah buaya, patahkan hingga keluar cairannya.
2. Sapukan ke bahagian yang terkena minyak panas, sesegera mungkin.
Nescaya rasa panas akibat minyak goreng panas akan berkurang dan berangsur hilang dan kulitpun tidak jadi melepuh.



Kalau tangan sedikit pun sudah rasa pedih apatah lagi jika baby ini yang merasakanya
*kesihankan


Banyak petua yang diguna pakai nenek moyang kita antaranya
melumurkan petur putih pada tempat yang terkene
menyapu susu pekat
melatakkan madu
dan ambik ubat gigi *Bugs buat hehhee..


kalau anda mempunyai petua sila2 kanlah kongsi disini yer...

*lain kali hati2 bila memasak


No comments:

Post a Comment