Wednesday, August 24, 2011

RamadHan BerlaLu SyawAl meNjeLma


Hari nih ari khamis, 25 Ramadhan...pejam celik rupanya dah 25 hari kita berpuasa, macam mana dengan puasa kawan2 sekalian??baik n bertambah baik harapnya yer.. Bila ramadan berada dihujung2 ni makin sayu plak rasanya entah sempat or tidak kita untuk jumpa lagi Ramadhan pada tahun hadapan.
Bugs pun mula la teringat kat kg,yelah hari raya pun dah dekat, semua pun dah berada di mood raya skrang nih, bila terdengar lagu raya kat radio tuh mula la fikiran melayang kat kg kan, emmm biasa la tuh Bugs pun owng merantau jugak....memang x bole lari dari semua tuh. Lagu raya nih memberi inpak yang besar, walau tiap2 tahun lagu yang sama tetap x bosan memdengarnya, teringat mak n ayah kat kg...adik beradik...eemmmm sayu jew rasa.
Ramadhan tahun nih rasanya lagi bertambah baik dari tahun2 lepas, mungkin nakal ada la sedikit maklum la dugaan banyak bulan2 puasa nih, lebih2 lagi bila duduk sorang2 nih *sebulan baru pindah. ekekek.... apapun harapnya dapat teruskan puasa yang tinggal beberapa hari saja lagi nih, dalam mood raya pun kene la jugak jaga adat sopan di bulan Ramadan yer...
Syawal akan tiba, bagi Bugs persiapan tuh macam biasa jer, buat setakat yang ada, kalau ada rezki lebih ada la tuh, sehelai baju melayu dah cukup untuk raya, pakai la sampai masuk bilik tidur..hahhaha. Tahun nih ada la beberapa barang nak dibawa ke kg, harap hajat tercapai la.
Kak long pesan jangan beli kueh raya tapi Bugs gatal tangan jugak terbeli 2 3 jenis...heheheh
Insyallah sabtu pagi 27/08/2011 Bugs akan bertolak dari seremban bersama Kak Long n keluarga bersama abg Bugs. doakan moga kami selamat sampai yer...Insyallah detik perjalanan nanti Bugs akan coretkan disini nanti. Perjalanan balik kg sememangnya menjadi acara wajib n sangat memcabar bertambah pulak Bugs akan pulang ke pantai timur. Kota Bharu.
Perjalanan mungkin akan mengambil masa 9 or 10 jam. harapnya kenderaan tidak la terlalu sesak al-maklum semua dah cuti n nak balik raya kan. kalau tak jem balik raya tentunya tak sah, harapnya kami dapat lalui perjalan dengan lancar n selamat, moga tiada kejadian yang x diingini berlaku..amin.
Bugs ingin mengucapkan selamat hari raya pada semua yang follow blog Bugs yang x seberapa nih. SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR N BATIN, JEMPUT DATANG RUMAH KALAU SUDI,


*raya2 jugak jangan lupa kewajipan kita yer...

Sunday, August 21, 2011

kelopong


pelik betul nama benda nih tapi memang sedap...
Bugs x penah dengar owng panggil nama dia macam nih tapi kat cni macam tuh la nama dia...
kueh onde-onde atau dikenali dengan kueh gula melaka...
mana satu yang biasa anda dengar??

nama lain tapi rupa tetap sama kan..hehe




minggu lepas Bugs bersama teman2 telah cuba resipi ni, bukan susahpun cuma rumit sedikit...
tergerak hati nak mencuba membuatnya yelah dalam bulan2 puasa nih rajin plak nak membuat kuehnya hahhaa...


mula-mula nak wat mesti ler kene sediakan bahan2 dia kan...

ini Bugs sediakan untuk 30 owng *mak ai mcm nak jual kat kedai jew...ekekek...

1kg tepung pulut
Bugs xpakai tepung gandum k..
Air pandan *cari kat tepi2 rumah owng..pastuh kisar n ambil airnya..
1 sudu kecil pewarna daun pandan *kalau nak nampak lagi terang
2 keping gula Melaka (dipotong kecil-kecil)
Kelapa parut *Bugs panjat paginya n g parut ....gegehkan
ini semua bahan2 mentah

Bugs sedang memotong gula melaka....nasib baik pose lau x dah lama masuk mulut..


sedapnyaa.......

ini air daun pandan selapas dikisar dan di tapis....

mula2 masukkan air pandan kedalam tepung pulut..
bersama sedikit garam

Gaul sebati dan pastikan tidak terlampau lembik or keras..* bole jadi chef x Bugs?? hahahhaa

Sudah siap!!!!


Ambil sebesar ibu jari dan leperkan. Bubuh gula melaka di tengahnya dan tutup semula. Jerang air panas hingga menggelegak. Masukkan kuih tadi. Angkat bila kuih timbul dan golekkan di atas kelapa parut yang bercampur sedikit garam.

senang bukan....

*time kasih pada kak Seti sudi ajar Bugs n Kak Zam....
bye bye..


Monday, August 8, 2011

ini bikin panas!!!!




adduuhhhh
panasssnyaaa!!!!
mula-mula kene x la terasa lagi bila dah sejuk sikit baru la rasa...
ituler penangan minyak panas sewaktu Bugs goreng ayam buat berbuka tadi...
maakkk aaiii bukan main pedih lagi...



Baru balik dari tempat keje *padahal sebelah rumah saja Bugs terus ke dapur, melihat ke arah ayam yang dah lama dikeluarkan dari peti sejuk membuatkan Bugs terfikir untuk masak apa untuk berbuka. Sejam jew lagi, cukup la kalau Bugs goreng ayam dan masak sayur, ringkas dan senang.
Setelah diperap n sayur pun sudah siap dimasak, Bugs mula menggoreng ayam, sangkanya ayam tidak menjadi masalah tetapi tetiba meletup, apa lagi terpercik la minyak panas ke tangan. mengelabah tak tahu nak wat apa Bugs lap saja dengan tisu, biar panas reda sedikit, siram dengan air dan terus sapukan dengan ubat gigi. harapnya pedih beransur hilang. malas pulak nak pergi ke klinik walau tahu apa ubatnya.


tangan merah dan pedih
*ini baru First degree burn

Melecur atau Terbakar ada empat peringkat

Pertama
terbakar bahagian Epidermis *rasa sakit, kering
seminggu atau kurang untuk baik

Kedua
Dermis *berasa sakit dan mungkin ada blister
mengambi masa 2 hingga 3 minggu

Ketiga
keseluruhan dermis dan hypodermis
kurang berasa sakit kerana banyak deria telah tiada

Keempat
otot tisu dan tulang
sakit bahagian yang mempunyai deria rasa

ringkas saja nanti pening..hehhe


Kalau anda terkene minyak panas, ini ada sedikit petua.

Petua terkena minyak panas
Sekiranya anak anda terkena air panas atau minyak panas jangan panik , ambil sedikit kicap dan garam halus. Kemudian sapukan kedua-dua bahan tadi di tempat yg terkena minyak atau air panas. Insallah kesannya akan dapat dikurangkan dan kurang sakit.

Petua lain
Jika kita sering memasak, maka terkadang kulit tangan/bagian tubuh terkena minyak panas. Hal ini mengakibatkan kulit melepuh, berair dan jika pecah akan menjadi luka.
Untuk mengatasi masalah ini, anda cukup melakukan Tips sederhana dibawah ini:
1. Ambil daun lidah buaya, patahkan hingga keluar cairannya.
2. Sapukan ke bahagian yang terkena minyak panas, sesegera mungkin.
Nescaya rasa panas akibat minyak goreng panas akan berkurang dan berangsur hilang dan kulitpun tidak jadi melepuh.



Kalau tangan sedikit pun sudah rasa pedih apatah lagi jika baby ini yang merasakanya
*kesihankan


Banyak petua yang diguna pakai nenek moyang kita antaranya
melumurkan petur putih pada tempat yang terkene
menyapu susu pekat
melatakkan madu
dan ambik ubat gigi *Bugs buat hehhee..


kalau anda mempunyai petua sila2 kanlah kongsi disini yer...

*lain kali hati2 bila memasak


sahur vs meggi

Assalamualaikum n selamat pagi....
wahh..rajin plak nak update..kalau x hareemmm...

ari ke7 untuk seluruh umat islam semalaysia terutamannya berpuasa..
korang sahur x??
x kisah la sahur ke x asal puasa ok...

pagi nih Bugs bangun pukul 5.20am
malas dah rasanya nak bangun tapi alarm asyik dok bunyi x reti2 nak senyap..
mula2 bangun ke toilet...nasib nak terkucil lau x dah lama lelap balik

oleh kerana kesuntukan masa dan lauk pun ada sekutul ayam n gulai udang yang belum dipanaskan,Bugs ambik keputusan masak meggi sajo...
Mudah Cepat N Pantas

campak saja dalam air mendidih
letak perencah n sedikit sayur kacang
tunggu sehingga masak sebelum Bugs pecahkan telur ayam...

senangkan!!
tinggal sepuluh minit menanti imsyak...Bugs telan semua

Alhamdulillah selesai sahur untuk ari nih...
selamat berpuasa yer kekakwan jangan poteng2..
;)

Sunday, August 7, 2011

Majlis Berbuka Bersama MB

Sabtu, 06.08.2011
hari ke enam di bulan ramadhan.
korang puasa x nih?? cuti2 mcm nih kalau korang makan pun saper tahukan..masing2 dok kat rumah kan...hehhee

Bugs sebenarnya malas nak ada duty ari cuti2 mcm nih..dok rumah lagi best, lebih2 lagi di bulan puasa nih, apakan daya dah demi tugas...

tepat jam 5.23pm Bugs dapat panggilan dari MECC (call center seremban) ada budak terjekik duit syling *macam best jew bunyi...
Alhamdulillah x ada kejadian buruk berlaku setelah Bugs dapatkan kepastian dari ibu mangsa iaitu baby berusia 1 tahun yang mencritakan bahawa beliau(baby) telah menelan syiling tersebut dengan jayanya...*waduh bikn gamat sehhhh

ppeeHHhhh....nasib baik x ada pe2..
dah ler ada jemputan Berbuka pukul 5.45pm nih..
Bugs bergegas bersiap...*melaram dalam kesopanan

*sory xder pic Bugs bersiap....jangan ngengada ekk


Ketibaan Tetamu Terhormat....
tepat jam 6.32pm MB datang, semua busy nak salam2...
aahhh..Bugs duduk relax jew dari jauh..
macam x biasa jew kan diorang semua..heheh


YB Dato' Seri Utama Hj. Mohamad Hj. Hasan



Bugs bersama Team n Kawan2...*macam ramai jew kan..

menu berbuka
sayur kacang panjang
ayam gulai kuning
ikan sembilang masak sambal
*peehhhh....sampai tambah2 makan..

selesai berbuka n solat magrib, ada ucapan plak..
Bugs dok kat luar sambil menunggu Isyak n solat terawih..


kosong.... x ramai yang stay rupanya...
Bugs x pasti berapa ramai tetamu yang datang...
selesai berbuka n penyerahan sumbangan mereka terus balik agaknya
*garu2 kepala....


selesai terawih ada sedikit moreh

bubur kacang durian dicicah sama roti
*x best pun... mama Bugs buat lagi best (tetiba rindu kampung plak)



Majlis selasai dalam pukul 11pm...mata pun dah ngantuk bersama kekenyangan....Alhamdulillah x ada kejadian buruk yang berlaku.... ;)









Monday, August 1, 2011

puasa 2011



alhamdulillah
setelah setahun berlalu
Ramadhan datang kembali..

apa khabar semua??
lama x post..dah sebulan lebih...
apapun Bugs nak ucapkan selamat menyambut Ramadhan Al-mubarak
Semoga Ramadhan tahun ini lebih baik dari tahun yang sebelumnya..
;)