Wednesday, August 24, 2011

RamadHan BerlaLu SyawAl meNjeLma


Hari nih ari khamis, 25 Ramadhan...pejam celik rupanya dah 25 hari kita berpuasa, macam mana dengan puasa kawan2 sekalian??baik n bertambah baik harapnya yer.. Bila ramadan berada dihujung2 ni makin sayu plak rasanya entah sempat or tidak kita untuk jumpa lagi Ramadhan pada tahun hadapan.
Bugs pun mula la teringat kat kg,yelah hari raya pun dah dekat, semua pun dah berada di mood raya skrang nih, bila terdengar lagu raya kat radio tuh mula la fikiran melayang kat kg kan, emmm biasa la tuh Bugs pun owng merantau jugak....memang x bole lari dari semua tuh. Lagu raya nih memberi inpak yang besar, walau tiap2 tahun lagu yang sama tetap x bosan memdengarnya, teringat mak n ayah kat kg...adik beradik...eemmmm sayu jew rasa.
Ramadhan tahun nih rasanya lagi bertambah baik dari tahun2 lepas, mungkin nakal ada la sedikit maklum la dugaan banyak bulan2 puasa nih, lebih2 lagi bila duduk sorang2 nih *sebulan baru pindah. ekekek.... apapun harapnya dapat teruskan puasa yang tinggal beberapa hari saja lagi nih, dalam mood raya pun kene la jugak jaga adat sopan di bulan Ramadan yer...
Syawal akan tiba, bagi Bugs persiapan tuh macam biasa jer, buat setakat yang ada, kalau ada rezki lebih ada la tuh, sehelai baju melayu dah cukup untuk raya, pakai la sampai masuk bilik tidur..hahhaha. Tahun nih ada la beberapa barang nak dibawa ke kg, harap hajat tercapai la.
Kak long pesan jangan beli kueh raya tapi Bugs gatal tangan jugak terbeli 2 3 jenis...heheheh
Insyallah sabtu pagi 27/08/2011 Bugs akan bertolak dari seremban bersama Kak Long n keluarga bersama abg Bugs. doakan moga kami selamat sampai yer...Insyallah detik perjalanan nanti Bugs akan coretkan disini nanti. Perjalanan balik kg sememangnya menjadi acara wajib n sangat memcabar bertambah pulak Bugs akan pulang ke pantai timur. Kota Bharu.
Perjalanan mungkin akan mengambil masa 9 or 10 jam. harapnya kenderaan tidak la terlalu sesak al-maklum semua dah cuti n nak balik raya kan. kalau tak jem balik raya tentunya tak sah, harapnya kami dapat lalui perjalan dengan lancar n selamat, moga tiada kejadian yang x diingini berlaku..amin.
Bugs ingin mengucapkan selamat hari raya pada semua yang follow blog Bugs yang x seberapa nih. SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR N BATIN, JEMPUT DATANG RUMAH KALAU SUDI,


*raya2 jugak jangan lupa kewajipan kita yer...

No comments:

Post a Comment