Friday, November 9, 2012

BasiKAl TuA T I G A


Terik mentari memancar di atas kepala, basikalnya di kayuh perlahan - lahan, telur ayam yang dipesan ibunya itu sekali sekala berayun, bimbang jugak dia kalau pecah. Azman berhati-hati melalui jalan yang belum berturap di depan rumahnya itu, sekali sekala lori melintas pasti debu akan berterbangan menusuk ke ruang hidung dan anak tekaknya.
"Mak nak masak telur dadar lagi hari ni??..."
Telur di letak di sebelah Ibunya, dia berlalu ke singki lalu membasuh muka, menghilangkan debu yang melekat. Tiada jawapan dari orang tua itu.
"Man...kalau nak makan telur sambal Mak boleh buat..."
Azman tersenyum, dah lama dia tidak merasa sambal tumis ibunya itu. Azman melihat almari dapur rumahnya. kosong tampa balang-balang atau alat elektrik seperti rumah orang lain.
"Nanti dah dapat upah nanti Man nak beli barang dapur sikit ya Mak..."ujarnya bersungguh.
"Tak payah la membazir Man...beli apa yang perlu saja...nanti duit kau boleh simpan mana tahu ada rezeki bole sambung belajar nanti..."
Hatinya tersentap, bagaimana ibunya tahu apa yang bermain di benak fikirannya selama ini. Azman memandang raup wajah ibunya yang bersingkuh di lantai, air matanya cepat di saka.
"Man bukan pandai mana pun mak...result pun boleh cukup makan jew..."
"Azman...budak-budak lain berbanding dengan kau jauh lebih baik
kau...kalau nak sambung kita boleh usahakan..."
Azman terdiam, ahh bagaimana mahu sambung belajar kalau duit untuk belanja harian pun belum lepas, fikiranya buntu.
Assalamualaikum...
Salam dari luar mematikan perbualan mereka, siapa pula yang datang tengahari buta macam ni..

Thursday, November 8, 2012

BaSiKAl Tua D U A

Basikal, hanya itu yang dia ada, tidak seperti budak remaja yang lain dalam usia 13 tahun sudah tahu membeli minyak petrol, seringgit dua ringgit tiga ringgit sehari. Azman mengayuh basikal tuanya yang baru di tampalnya di kedai Ah Hong ke rumah Pak Samad, harapannya orang tua itu sudah pulang dari Kuala Lumpur. 

"Asssalamualaikum...."

"Waalaikummussalam...."
Salam di sambut oleh Munira,
 cepat-cepat ditarik selendang di atas kerusi di ruang tamu sebaik sahaja melihat kelibat Azman di depan beranda. Gadis berusia 18 tahun itu melemparkan senyuman.

"Bapak ada Muni..?"
"Belum balik lagi la Abang Man....katanya petang sedikit...Along hantar..."

Azman mengelap peluh didahi, perasaannya kecewa namun dia cuba melontarkan senyuman, suasana sepi seketika dikala keduanya kaku untuk bersuara.
"Siapa tu Munira??.." Terpacul Mak Jemah di depan pintu, mengejutkan Munira yang berdiri disitu.

"Oh...Azman, ko dari mana ni...marilah naik dulu.."
"Eeemm....."
"Mak cik nak cakap sikit dengan ko...."
Berderau darahnya mendengar ayat dari mulut Mak Jemah, jarang sekali dia diajak berbincang melainkan dengan Pak Samad, entah apa masalah yang dia dah buat kali ini.

"Pisang dah nak masak...Mak Cik nak ko selalu jengukkan kebun tu..takut pulak monyet tupai segala bagai rosakkan buah pisang tu nanti.."
Lega hatinya, dia tersenyum mendengar arahan dari Mak Jemah, kepercayaannya pada Azman begitu tinggi.

"InsyaAllah saya akan cuba jaga elok-elok mak cik..."
"Bagus la...eemmm...minum air tu dulu ye...mak cik ada kerja kat dapur..."
Sirap ais itu dihirup perlahan-lahan, sesekali tekaknya dibasahi air sejuk sangat memberi nikmat padanya.

"Abang Man tak mahu sambung belajar kew...??"
Munira yang berusia muda setahun darinya menyapa dari belakang lalu duduk di kerusi bertentangan dengannya. Azman tersenyum, tangannya menutup sebahagian seluar yang koyak dilutut dengan tangannya. soalan itu amat berat untuk dia jawab.

"SPM bila keluar yer Muni.."
"Lambat lagi la abang..." Munira tersenyum menampakkan lesung pipitnya.

"Abang balik dulu yer...nanti kalau bapak sudah balik bagitahu la.."
Azman berlalu, satu persatu anak tangga dituruni, otaknya masih memikirkan soalan Munira tadi.

"tak mahu sambung belajar kew...."

Alhamdulillah

Lama x bukak blog...
haiiss...masing2 ada masalah..semua orang ada masalah...
masalah saya??
malas
xder masa
x tau nak tulis apa
padahal fb 24 jam
ahahhaha

Wednesday, November 7, 2012

Basikal Tua S A T U

Cahaya petang kian rambang ketika dia menyorong basikal dari kebun pisang Pak Samad, basikal tua milik ibunya itu disorong berhati-hati melalui denai padi yang menghijau, pedih perutnya kian terasa namun ditahan, lagi lima ratus meter untuk sampai ke jalan besar.
"bagaimana boleh pancit...??" puas otaknya berfikir.
Warung kopi Tok Aki di simpang jalan besar tidak begitu ramai orang, mungki
n hari sudah hampir senja, Tok Aki sibuk mengelap mejanya.

"Kenapa Man?"
"Pancit la Tok"
"Kedai Ah Hong bukak lagi tu...pergi la sana baiki.."

Azman berlalu sambil tersenyum, diraba koceknya...50sen.
Pak Samad masih belum bagi upah, pisang pun masih muda, kalau orang tua itu ada di kampung bole juga dia mintak tolong, esok baru orang tua tu balik dari Kuala Lumpur rumah anaknya.

"Lewat ko balik Man..."
Emaknya menyapa, dipandang Azman dari atas ke bawah.
"Pancit lagi...?
Azman menganguk, lalu berlalu ke bangsal di tepi rumahnya. Kali ini sudah tiga kali, dia mengeluh sebaik saja melabuhkan punggungnya ke bangku.

"Ada orang pancitkan basikal Man rasa...."
"Entah la Man, Mak pun tak tahu nak cakap apa.."
Mak Eton yang sedang meracik lidi kelapa berhenti seketika, diletak pisau dan lidi di tepi, di susun ikatan penyapu lidi yang siap diracik untuk dijual.
"Masuk mandi dulu Man...nanti esok baiki basikal ko tu"
Mak Eton berlalu ke dalam rumah, meninggalkan anak bongsunya yang masih termenung, hanya basikal itulah peninggalan arwah suaminya.