Thursday, November 8, 2012

BaSiKAl Tua D U A

Basikal, hanya itu yang dia ada, tidak seperti budak remaja yang lain dalam usia 13 tahun sudah tahu membeli minyak petrol, seringgit dua ringgit tiga ringgit sehari. Azman mengayuh basikal tuanya yang baru di tampalnya di kedai Ah Hong ke rumah Pak Samad, harapannya orang tua itu sudah pulang dari Kuala Lumpur. 

"Asssalamualaikum...."

"Waalaikummussalam...."
Salam di sambut oleh Munira,
 cepat-cepat ditarik selendang di atas kerusi di ruang tamu sebaik sahaja melihat kelibat Azman di depan beranda. Gadis berusia 18 tahun itu melemparkan senyuman.

"Bapak ada Muni..?"
"Belum balik lagi la Abang Man....katanya petang sedikit...Along hantar..."

Azman mengelap peluh didahi, perasaannya kecewa namun dia cuba melontarkan senyuman, suasana sepi seketika dikala keduanya kaku untuk bersuara.
"Siapa tu Munira??.." Terpacul Mak Jemah di depan pintu, mengejutkan Munira yang berdiri disitu.

"Oh...Azman, ko dari mana ni...marilah naik dulu.."
"Eeemm....."
"Mak cik nak cakap sikit dengan ko...."
Berderau darahnya mendengar ayat dari mulut Mak Jemah, jarang sekali dia diajak berbincang melainkan dengan Pak Samad, entah apa masalah yang dia dah buat kali ini.

"Pisang dah nak masak...Mak Cik nak ko selalu jengukkan kebun tu..takut pulak monyet tupai segala bagai rosakkan buah pisang tu nanti.."
Lega hatinya, dia tersenyum mendengar arahan dari Mak Jemah, kepercayaannya pada Azman begitu tinggi.

"InsyaAllah saya akan cuba jaga elok-elok mak cik..."
"Bagus la...eemmm...minum air tu dulu ye...mak cik ada kerja kat dapur..."
Sirap ais itu dihirup perlahan-lahan, sesekali tekaknya dibasahi air sejuk sangat memberi nikmat padanya.

"Abang Man tak mahu sambung belajar kew...??"
Munira yang berusia muda setahun darinya menyapa dari belakang lalu duduk di kerusi bertentangan dengannya. Azman tersenyum, tangannya menutup sebahagian seluar yang koyak dilutut dengan tangannya. soalan itu amat berat untuk dia jawab.

"SPM bila keluar yer Muni.."
"Lambat lagi la abang..." Munira tersenyum menampakkan lesung pipitnya.

"Abang balik dulu yer...nanti kalau bapak sudah balik bagitahu la.."
Azman berlalu, satu persatu anak tangga dituruni, otaknya masih memikirkan soalan Munira tadi.

"tak mahu sambung belajar kew...."

No comments:

Post a Comment