Friday, March 25, 2011

JoM TuTuP LamPu!!!


ooOOpppSSSsss......sudah gelap!!..nyalakan lilin plak...
jangan la takut...bukan nak buat apa pun...ahaks...
EaRth HouR datang lagi...hari ini 26 march 2011
jom sama2 padam lampu...

ASAL USUL
Earth Hour merupakan kegiatan yang diterajui oleh organisasi WWF (World Wide Fund for Nature) Australia, bermula 2007 dan diadakan pada hari Sabtu terakhir di bulan Mac setiap tahun.

Saat Earth Hour tiba, seluruh warga dunia serentak memadamkan lampu dan peralatan elektrik yang tidak diperlukan bermula dari 20:30 hingga 21:30 waktu setempat. Hal ini dilakukan untuk meningkatkan kesedaran terhadap perubahan iklim serta mengurangkan kos elektrik.

Awalnya pada 2004 WWF Australia mencari jalan dalam mengurangkan impak pemanasan global. Maka tercetuslah idea Earth Hour tersebut. Kemudian dalam perkembangannya, dari tahun ke tahun kempen Earth Hour disambut baik dan didukung oleh semua.

Pada 2005, WWF Australia bersama dengan agen Leo Burnett Sydney membincangkan idea menyarangkan bahawa setiap orang bertangunjawab keatas masa depan bumi. Mereka pun mulai mengembangkan konsep pemadaman lampu dan elektrik dalam skala besar. Gagasan ini diberi nama 'The Big Flick'.
Leo kemudian diberi tugas memberi nama yang boleh mewakili lebih dari sekadar memadamkan lampu. Maka pada 2006, konsep mereka diubah namanya menjadi Earth Hour. Dengan demikian, mereka berharap nama Earth Hour bukan sahaja untuk memadamkan lampu.
Tepat pada 31 March 2007, pertamakalinya Earth Hour dilaksanakan di Sydney, Australia. Ketika itu, pemadaman lampu dilakukan pada jam 19:30 hingga 20:30 waktu setempat. Kira-kira 2,2 juta penduduk Sydney dan 2.100 sektor awam bekerjasama. Kegiatan ini lantas menarik perhatian dunia. Pada tahun-tahun berikutnya, Earth Hour pun kemudian diperingati secara global.

Pertama kali malaysia menyahut cabaran earth hour pada 2030pm, 28 Mar 2009
KLCC dan Petronas Twin Towers bergelap!

Bagaimana kita malam ini, jangan lupa padamkan lampu dan semua yang alatan elektrik yang tidak penting ya....


SeLaMaT MeMaDaMkaN LamPU DaRi BUgS :)





No comments:

Post a Comment